Wednesday, April 2, 2014

Jangan Merendah Diri Jika Gemuk..

Orang Berbadan Besar Memang Istimewa!

Kamu mungkin tidak sedar, di sebalik fizikal yang agak besar dan banyak kekurangan itu mempunyai pelbagai keistimewaannya. Keistimewaan ini memang susah untuk di dapati pada orang lain. Kamu patut berbangga bukannya bersedih hati dengan ejekan teman-teman sekeliling kamu. Jom ketahu apakah istimewanya x-plus yang tidak kamu sedari.

1-CERIA
Mungkin kamu tidak sedar, tetapi ini hakikatnya individu yang berbadan besar mereka lebih banyak tersenyum berbanding individu yang berbadan kecil. Ini kerana, kamu cuba untuk menunjukan ‘kemesraan’ yang ada pada kamu malah bertapa kuatnya kamu hadapi hidup ini walaupun tidak miliki badan yang secantik model. Senyuman kamu itu jika boleh di tafsirkan melalui percakapan mungkin ia akan berbunyi “no worries, I’m okay with it! I still can happy like other!”.

2- KELAKAR
Kebanyakan golongan x-plus memang mempunyai kemahiran dalam membuat orang ketawa serta terhibur dengan keletah kamu yang comel. Jangan risau untuk berlawak, percayalah apa sahaja yang kamu lakukan pasti akan membuatkan orang lain tidak kering gusi. Tetapi jangan cepat terasa hati pula, mereka ketawa bukan kerana fizikal kamu sebaliknya kerana kecomelan kamu yang keanak-anakan.

3- MUDAH BERGAUL
Kamu mudah bergaul dengan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kamu. Malah, orang keliling kamu juga sangat senang bersembang dengan kamu. Ada sahaja idea dan topik yang ingin kamu kongsikan. Bukan itu sahaja, malah kamu juga senang menjadi ‘kesayangan’ orang tua.

4- SENANG DI INGATI
Ini memang kelebihan untuk orang seperti kamu. Oleh kerana kamu agak berbeza saiz badan dengan orang sekeliling atau normal, kamu mudah untuk di ingati berbanding orang lain. Jangan risau jika ada yang mengejek kamu, patutnya kamu bersyukur bukan kamu yang ‘teringat-ingatkan’  mereka tetapi mereka yang sebaliknya, tak gitu ?

5- BERJIWA LEMBUT
Kamu memang berjiwa lembut, kamu mudah terasa dan sensitif. Ini kerana kamu lebih mementingkan kebahagiaan orang keliling berbanding diri sendiri. Kamu tidak selfish! Malah kamu juga seorang yang penyayang kerana apa yang kamu luahkan itu adalah apa yang kamu harapkan sebenarnya.  Jadi sifat negatif ‘kurang’ ada dalam diri.

6- MEMPUNYAI SUARA YANG SEDAP
Yang ini mmg betul. Kalau kita lihat pada penyanyi dalam atau luar negara yg berbadan besar, sangat sedap dan merdu suaranya. Contoh penyanyi dalam negara yg mempunyai suara yg merdu adalah seperti adibah noor, dina nazir, dan sapa2 ja lah.... yg dari luar negara pulak, seperti queen latifah, adele, christina aguilera.. semua tu tersangt lah sedap suaranya... 

No comments: